Galeri Gambar Perkembangan Pembinaan Kompleks Madrasah MTAT Rakan MTAT Kempen Mencari Rakan MTAT Kad Keahlian Rakan MTAT

PERSATUAN ASTRONOMI & ICTMALAYSIA

MALAYSIA ASTRONOMY & ICTMALAYSIA (MAIA)

Persatuan Astronomi & ICT Malaysia (MAIA) merupakan cetusan idea dari Pengasas Madrasah

Tahfiz At-Taufiqiyyah,Kg. Pek, 18500 Machang, Kelantan, Ustaz Wan Mohd Taufit Abu Bakar.

Madrasah ini tidak dirancang untuk memfokuskan kepada pengajian sahaja tetapi mereka akan

dirancang untuk menitik beratkan juga kepada kerja-kerja dakwah untuk masyarakat terutama

kepada golongan remaja. Setelah meneliti kembali cara berdakwah yang dijalankan masa kini,

tercetus idea baru untuk memantapkan usaha dakwah iaitu melalui penglihatan dan penghayatan

semua kejadian-kejadian Allah SWT dan bukannya hanya melalui pendengaran di dalam kuliah atau

tazkirah sahaja. Ruang angkasa lepas yang amat luas di atas sana akan dijadikan sebagai salah satu

medium yang bakal memberikan pendekatan baru untuk umat Islam mendekatkan diri dengan

Pencipta mereka.

Dengan itu, wujudlah idea dengan menjadikan bidang Falak/Astronomi dan ICT (Information and

Communication Technology) sebagai platform untuk berdakwah menggunakan teknologi moden

agar dapat menjadi tulang belakang dan nadi untuk meningkatkan keberkesanan usaha dakwah yang

lain. Persatuan ini akan mendapatkan kerjasama daripada pelbagai badan seperti NGO, institusi

pengajian serta Jabatan Kerajaan yang boleh memberi sokongan kepada MAIA untuk sama-sama

merialisasikan dakwah ini.

Untuk pengetahuan semua, teknologi masa kini seharusnya digunakan untuk mendekatkan lagi diri

kita dengan Allah SWT. Melalui teknologi-teknologi mengkaji angkasa yang canggih seperti teleskop

dan pelbagai alat cerapan yang ada, secara langsung kita dapat melihat semua kejadianNya di

angkasa . Justeru, langkah yang di ambil ini diharapkan dapat menyentuh minda separa sedar dalam

diri setiap insan mengakui kehebatan Allah SWT. Pendekatan ini diharapkan akan dapat

menyuburkan dan meningkatkan keimanan kita serta mengakui kekuasaan dan kehebatan Allah SWT

sebagai Penjadi.

Pendekatan baru ini bukan untuk menafikan dakwah-dakwah yang telah dijalankan sebelum ini

tetapi ia hanya merupakan salah satu usaha untuk membantu mengukuhkan serta meningkatkan

tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Hal ini penting kerana pada

masa kini, terlalu banyak gejala-gejala sosial yang berlaku terutamanya oleh golongan anak muda

yang suka menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah terutama sekali di

waktu malam.

Oleh itu, langkah pendedahan serta pengetahuan mengenai kejadianNya di waktu malan ini

diharapkan akan dapat membantu golongan remaja dalam memaksimumkan penggunaan masa

kepada perkara-perkara yang berfaedah. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat mendekatkan diri

mereka dengan Pencipta alam semesta ini.

Kesimpulannya, pendekatan baru ini diharap dapat dijadikan sebagai platform untuk menyeru umat

Islam supaya sentiasa berfikir dan sedar tentang kehebatan dan keajaiban kejadian-kejadian ciptaan

Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada mereka untuk sentiasa berusaha agar dapat

meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan memperbaiki akhlak supaya menjadi lebih baik. Akhirnya

dan yang paling utama ialah supaya kita semua redha serta bersyukur dengan apa yang Allah SWT

berikan kepada diri ini untuk meneruskan hidup sebagai hamba-hamba yang diredhaiNya.

 

 

hostgator coupons 2013
Sunday the 20th.